create your own banner at mybannermaker.com!

Monday 15 August 2011

Umro' pada usia ku...hadiah dr ayahanda yang xternilai....

Pada Jun lalu....
Kami sekeluarga ke Madinah juga Mekah...
Niat saya satu... mendapatkan keindahan Islam dari dekat...
3 hari di Madinah dan 5 hari di Mekah
Masjid Nabawi

sesudah sampai di Jeddah dr Jakarta(naik pesawat garuda)...kami pergi naik bas dan sampai di Madinah dalam beberapa jam lagi subuh menjelma.... cm di atas gambaran masjid nabawi...
Kota Love ..orang di sini lemah lembut sikit dr Orang Arab di Mekah...huhu...
Peristiwa:
1.Setiap kali solat (Sesudah) si lelaki akan menunggu si pasangan untuk makan,shopping ,atau pulang seiring ke hotel....
2.Ade starbuck...di madinah...namun hanya beberapa kopi sahaja...
3.jangan segan silu berpegangan(yg bernikah) huhu...----> ana masih single...>_<
4.Minum air zam2...sejuk ada biasa pun ada...
5.Suhu waktu itu 40 darjah celcious.... terpaksa pakai ubat n purdah...(hidung berdarah)
6. No hp!! ibadah bukan utk tunjuk pada org...(ramai lalai ibadah n bergambar, bunyi ring2 yg bising)
7.Jubah...hikhik....:D agak murah banding mekah...
8.Selalu mam chicken broast...eh tu tuk adik2...sy selalu tggl mamam..huhu :/
9.RAUDHOH sungguh wangi....dan kekasih allah di situ.... air rebah ke bumi...suci

Perjalanan ke mekah ambil masa 6jam....disitu niatlah para jemaah untuk mengenakan UMRO' :)
Royal Clock Tower Mekah...
Tunjuk gambar atas ni sb agak happy dapat tau artitek nya org Malaysia(salah seorang)
Ok...ni masjidil haram
aMAzing.... ni permandangan waktu haji...umroh xcm ni...penuh tapi masa haji lagi menakjubkan...
Peristiwa di Mekkah
1.Si ibu ade kehilangan anak di pintu 1... mencari kepenatan dan akhirnya dibawa oleh satu orang yang tidak dikenali..membawa terus kepada ibunya sambil berzikir(agar Allah menunjuk jalan ke ibunya yang bimbang tadi) Setelah si ibu mendengar tangisan anak yang hilang tadi ,terus dia berlari PELUK anaknya yang hilang itu...Dan kaum ibu2 arab yang lain menyebut'Masyallah,Alhamdulillah' melingkari si ibu yang turut menangis tadi(dalam dukungan ada satu lagi anak kecil,ibu memang kuat) memberi beliau air n membasahi kepala nya agar bertenang....SUBHANALLAH( adik wat lawak pastu.juz selingan. akak x amik video ke....drama tu...adik 10 tahun -aku-hasih budak ni....)
2.ambillah seberapa banyak pun air zam2...
3.rumah abu jahal dijadikan TOILET!
4.Kaabah bau mawar...:)
5.Semua peniaga tidak hanya berhenti meniaga pada solat jumaat..setiap WAKTU BAHKAN.
6.Setgh jam waktu solat masuk,silalah ke masjidil haram cepat2...(sampai atas tangga,dan tmpat wudhu sy solat...tak sempat..padan muka)
7.Yang berpuasa memberi kurma kat kami( sungguh cepat kenyang)
8.Abah kata..suara anak2 yang tiba2 ada waktu surah jumaah di lantunkan...adalah roh anak2...yang dibuang ibu...sesudah habis surah dibaca ,suara itu hilang.
9.Plastik disediakan untuk selipar anda.
10.Sistem kebersihan yang sungguh efisien hanya DI MEKAH!sabun,lap,wax.
11.Sesudah solat waib ditunaikan...solat jenazah dilakukan...dan mayat2 itu.....WANGI....
12.Dipanggil..."U r pakistan?" huhu....
13.Xsempat beli susu unta >_<
14.Ade satu masjid unik yang tidak dibuka...(hanya ada masa tertentu)
15.Pintu hotel sungguh unik....sampai menitik2 peluh dibuatnya..sungguh antik
16.Book untuk hajj sudah pun ready....huhu....


Rindu....akan ku kembali ke sana lagi...pasti...insyallah....

Wanita....itu...sememangnya bertuah.

Wahai wanita.... jgnlah engkau bertanyakan 'kenapa aku jd perempuan eh?'
Kerana Allah telah meminjamkan namanya dan hanya wanita ada 'RAHIM' di mana tumpahnya kasih syg pada anak dr ibu...
juga terdapat surah an-nisa' di dalam quran yang satu... tiada surah khusus lelaki..
Juga kita mudah menghapus dosa apabila taat pada si suami,juga melahirkan...kesakitan itu ibarat terhapus dosa2mu.... sungguh aku antara yg beruntung menjadi wanita.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Monday 8 August 2011

Kelebihan menyebut nama kekasih

KELEBIHAN BERSELAWAT 

 

Perkataan selawat adalah jamak dari kalimah solat. Selawat menurut bahasa bermaksud doa, rahmat dari Allah S.W.T. dan keberkatan dalam beribadah.

Di dalam kitab suci Al-Quran Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya”. (Surah al-Ahzab: ayat 56)

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W. TERDIRI DARI TIGA JENIS TINGKATAN

1. Selawat Allah S.W.T. kepada Nabi dan Rasulnya, terutama kepada Nabi Muhammad S.A.W bererti Allah S.W.T. memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadaNya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi, Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud para malaikat mendoakan atau memohon rahmat serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah S.W.T. melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

HUKUM MEMBACA SELAWAT
Para ulamak telah memberi pelbagai pendapat tentang hukum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W di antaranya:

1. Imam Syafie mengatakan, selawat itu wajib dibacakan dalam tahiyyat akhir.

2. Imam asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca di dalam solat dalam kedu-dua tahiyyat awal dan akhir.

3. Abu Jaafar al-Baqir mengatakan, selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dalam tahiyyat awal dan akhir.

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat, selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.

5. Abu Bakar ar-Razi dan Ibnu Hazmin berpendapat, berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .

6. At-Thahawi berpendapat, selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W..

7. Az-Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca di setiap sesuatu majlis .

8. Ibnu Jarir at-Thabari berpendapat, berselawat kepada Nabi S.A.W. adalah suatu pekerjaan yang disukai.

9. Ibnu Qashshar berpendapat, berselawat kepada Nabi S.A.W. adalah suatu ibadah wajib.Natijahnya, membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amalan dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah S.W.T. dan para malaikatNya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W..

DALIL TENTANG SELAWAT

1. Sabda Nabi S.A.W .,Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,“ Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

2. Sabda Nabi S.A.W.,“Berselawat ke atas para Nabi Allah S.W.T. dan utusanNya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus." (Hadis riwayat Ahmad dan al-Khatib).

3. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. dengan sabdanya,“Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada.” (Hadis riwayat Abu Daud).

4. Sabda Nabi S.A.W.,“Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah S.W.T. menerima rohku sehingga aku menjawab salam kepadanya.’ (Hadis riwayat Abu Daud).

Berdasarkan dari hadis di atas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi S.A.W. adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi S.A.W., Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum muslimin.

WAKTU YANG DIGALAKKAN BERSELAWAT

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat dan waktu yang dituntut supaya kaum muslimin membaca selawat ke atas Nabi S.A.W. Diantaranya,

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya. Nabi S.A.W. bersabda,
“Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, maka hendaklah membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu berdoa: Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMu. Manakala pabila ia hendak keluar hendaklah berdoa: Wahai Tuhanku, aku memohon kepadamu limpahan rahmatMu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

2. Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah S.A.W. masuk ke dalam masjid, baginda membaca selawat yang bermaksud,
“Dengan Nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad."

3. Berselawat setelah azan dikumandangkan. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).

4. Sesudah membaca tahiyyat akhir dalam sembahyang.

5. Di dalam sembahyang jenazah. Imam Syafi’e berpendapat bahawa antara sunah Rasulullah S.A.W. dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya, setelah itu membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.

6. Di antara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya. Sebahagian ulama berpendapat adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud,
“Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah S.W.T. jua. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T. yang Maha Besar. Ya Allah, muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat ke atasku."

7. Di permulaan dan akhir doa. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Sesungguhnya doa itu akan berhenti di antara langit dan bumi. Tiada naik, barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu.“ (Hadis riwayat At-Tirmidzi ).

8. Di akhir qunut dalam sembahyang. Diriwayatkan oleh an-Nasai’ bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yang bermaksud,
"Dan mudah-mudahan Allah S.W.T. melimpahkan selawat (rahmat) ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad."

9. Di malam dan di hari Jumaat. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud,
“Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawatmu itu akan dikemukakan kepadaku." (Hadis riwayat Thabarani).

10. Di dalam khutbah Jumaat. Dalam mazhab Syafie, sesudah membaca tahmid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat.

11. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad S.A.W.. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku, melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya."(Hadis Riwayat Abu Daud).

12. Sesudah bertalbiah. Sabda Nabi S.A.W.,
“Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi dan keluarganya ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan. “(Hadis riwayat Syafi’i dan Daraquthni).

13. Ketika setiap kali mengadakan majlis atau keramaian. Sabda Nabi S.A.W.,
“Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah S.W.T. dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah S.W.T. akan menyeksa mereka dan jika Allah S.W.T. menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud).

14. Ketika berjumpa sahabat andai atau saudara mara sesama Islam. Sabda Nabi S.A.W.,
“Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah S.W.T. yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan (bersalam) dan berselawat kepada Nabi S.A.W. dan keluarga Muhammad, melainkan Allah S.W.T. mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah, baik yang telah lalu ataupun yang akan datang." (Hadis riwayat Ibnu Sunni).

15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting. Sabda Nabi S.A.W.,“Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah S.W.T.) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang keberkatan. “ (Hadis riwayat ar-Rahawi).

16. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi S.A.W.. Rasulullah S.A.W. bersabda,“Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

17. Ketika telinga berdengung. Sabda Nabi S.A.W.,
“Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung, maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku. “(Hadis riwayat Ibnu Sunni).

18. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
“Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda sekiranya aku jadikan selawat untuk anda kesemuanya?.” Rasulullah S.A.W menjawab,“Kalau demikian Allah S.W.T. akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhirat. “(Hadis riwayat Ahmad).

19. Setiap waktu pagi dan petang. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat." (Hadis riwayat Thabarani).

KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Firman Allah s.w.t.,
“ Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda. (Surah al-Ahzab: 56).

2. Sabda Nabi S.A.W.,
"Sesiapa yang berselawat keatas Nabi S.A.W. sekali, maka Allah S.W.T. akan berselawat kepadanya seratus kali." (Hadis riwayat Muslim).

3. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Orang yang lebih baik disisiku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak selawatnya kepadaku." (Hadis riwayat Tirmizi).

4. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namaku disebut disisinya. (Hadis riwayat Tirmizi).

5. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari Jumaat. Oleh itu, perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yangg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat lalu bertanya,
"Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Baginda menjawab,"Sesungguhnya bumi tidak memakan jasad para anbiya’" (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebaik-baik ucapan selawat ialah ‘Allahumma Shalli ‘Ala Muhammad, Wa Ali Muhammad’.

KISAH UNTA BOLEH BERKATA-KATA Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Dalam kebingungan itu, orang Muslim pun mengangkatkan tangannya mengadah ke langit seraya berkata,
“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku tidak mencuri unta itu.”

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w,
“Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini.”

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu,
“Wahai unta, milik siapakah engkau ini?"
.
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang,
“Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu,
“Wahai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau telah lakukan, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar.”

Orang Muslim itu menjawab,
“Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”
.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”

Friday 5 August 2011

Salam Ramadhan

Assalamualikum my brothers and sister of muslim...muslimah...hmm... Tadi sesudah men game(lagho betul)
Ape kate saya gunakan internet ke jalan yang benar...
Memang bosan kalau kita x pandai gunakan teknologi...
So...Thanks to Dear Fren Zikril Hafiz...he thought me a lot of reading in the internet is way better than go site yang xde faedah...debat2 tentang Islam ,musykil sana sini...So today...I want to share a lil bit of Peristiwa Isra' Mikraj yang lalu...Oleh Junjungan Tercinta Rasulullah S.A.W(ya menyebut namanya jadi rindu ke RAUDHAH pada UMROH jun lepas,andai ALLAH mengizinkan ingin Aku ya Allah ke tanah haram sekali dua lagi bersama insan tercinta amin) 
Ini merupakan mungkin amalan yang berterusan..hope ade yang sudi membaca dan renung2 kan.... ok...:) 

 
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : "Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bermimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha Allah !" Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi.
"Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci.
Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti".  
Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku  terus berjalan.
"Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya,  tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali."  Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali."  Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.

"Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda."
Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat" 

Keduanya menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat." "Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat". Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail."
Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : "Itulah tempat bagimu"  Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasukui mahligaiku"  Jawab mereka : "Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk" 
Berikut adalah  gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.

Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan  orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak  sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan   kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...