create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday 24 September 2011

Andai Allah bagi Deadline...dan apa itu Istidraj.


Ok, bile cikgu bagi homework dan mesti ade deadline...tarikh sekian2 untuk anta @passed up homework tu...bile xhantar tepat pada tarikh yang cikgu bagi mesti kene denda kene duduk luar,rotan,kena baling 
buku...bile dah antar homework bila ada salah kena maki dengan cikgu,wat correction bila ada salah
 dan bila markah 10/10 kita rasa puas hati.Kadang cikgu bagi gambar binatang (arnab contohnya)
atau ucapan good job.Pastu dalam membuat kerja rumah tu mesti ade meniru...ahaha ade yang wat sendiri,ade yang xwat dan sebagainya.

Sekarang,cuba bayangkan Allah bagi deadline...
katakanlah...just katakan k...Tahun 2012@2013 konfirm kiamat. Allah bagi jam besar kat tanah arab Ok...Kau hanya mempunyai satu  tahun lagi untuk beribadat untukku. Jadi kita pun berlumbalah
beribadah.. dan makan,tak minum ,xbertani,xbekerja...beribadah atas sejadah je.Tak ikhlas sebab masing2 nak selamatkan diri sendiri.

Sejujurnya,bila ada yang menegur...
antara jawapan yang kita dapat
a)bila da puas ,akuk bertaubatlah
b)bila tua,aku bertaubatlah
c)kubur masing2
d)dia solat tapi buruk je perangai

Tujuan Maha pengasih lagi maha penyayang Maha adil adalah mencari hambaNya yang ikhlas beribadah padanya...Seperti dalam ayat (Adz Dzariyat : 56)Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia
Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah  kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah  yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Apa itu Istidraj... 

Kadang2 kita m'dengar org b'tanya "Kenapa kadang kala kita  lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan 
kemungkaran? ". 

Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya
itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. 

Kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau  kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa 
dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur 
pd yg Esa. 


Apakah dia istidraj itu? 

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." 

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan 
perbuatan maksiat mereka. 

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah  Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. 

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
 Tapi, hidup mereka biasa sahaja.. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa  pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar,
 duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. 

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. 

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. 


Kiamat atau "yawm ad-din" adalah rukun iman yang kelima yang wajib bagi setiap org Islam percaya dan yakin kepadanya.Berbagai-bagai perihal kiamat dijelaskan dalam Al Quran dan Al Hadis..
.namun apakah PENGAJARAN yang kita peroleh???

Tahu betapa dahsyatnya kiamat? betapa kehancuran yang total akan berlaku? langit dan bumi menuju kehancuran??? itu sahaja??

Sedarlah....sesungguhnya PENGAJARAN tentang apa yang akan berlaku di hari kiamat kelak adalah SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MATI !!!

Pada hari tersebut semua yang hidup akan merasai MATI. Oleh yang demikian, sama ada kiamat itu akan berlaku semasa zaman kita atau zaman selepas kita, usahlah kita bimbangkan. Kerana setiap kita TETAP akan MATI juga. 

Apa yang patut kita bimbangkan adalah:-
1. Apakah bekal yang perlu kita bawa dan sediakan untuk hidup selepas mati? 
2. Sudahkah kita mula menyediakan bekalan tersebut?
3. Sudah cukupkah bekalan kita?

Kerana Akhirat itulah tempat yang KEKAL ABADI...tidak mungkin kita  dikembalikan semula ke dunia untuk merubah nasib dan menambah mahupun memperbetulkan amalan kita....

Kerana mati itu tidak kita ketahui, mungkin hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan? Maka janganlah bertangguh lagi, kerana mati itu tidak akan menunggu kita sampai 
kita benar-benar bersedia.

Dunia tak lain hanyalah kesempatan dan persinggahan untuk menyediakan bekalan hidup selepas mati.

Ambillah Iktibar daripada peringatan Allah swt tentang Akhirat dengan mempersiapkan diri....
tanpa berlengah marilah kita mula bersiap sedia menyiapkan bekalan untuk kemudian hari kelak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...