create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 15 September 2011

Susah dapat anak si pemakai 'HEELS'



Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...=)


Saya nak story skit tentang kasut penambah perasa tinggi ni...
Kalau pakai memang kita akan terasa lebih riak konfident dengan diri but apa kelemahan nya?


 Berdiri tidak seimbang boleh beri kesan kepada organ dalaman 

LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.

Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.

"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.

"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.



FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi

Jejaskan peluang untuk dapat anak
Punca rambut gugur
Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit 
Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid














Ini hanya untuk sharing sebab saya pun peminat kasut ni...tapi itulah pakai kasut leper la pasni.Hargailah kesihatan anda, kerana ia lebih bernilai dari segala sesuatu yang lain.
women will always try to be beautiful eventhough it is painful.Dari dulu sampailah sekarang... 

to be continue

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...